Sunday, 29 March 2015

AWAL ASHAARI EKSIDEN, KERETA ROSAK TERUK


KUALA LUMPUR 29 Mac - Pengacara dan Pelakon, Awal Ashaari yang mengalami kemalangan tengahari tadi kini dalam keadaan stabil di Hospital Besar Melaka.

Perkara itu disahkan Scha Alyahya yang mendakwa tiada sebarang kecederaan teruk dialami suaminya itu.


Keadaan kereta BMW 5 Siries milik pelakon dan pengacara terkenal, Awal Ashaari

"Alhamdulillah Awal dalam keadaan baik dan stabil. Tiada kecederaan teruk. Walaupun kereta dia rosak teruk, Tuhan masih melindunginya," katanya yang diberi pelepasan oleh pengarah untuk melawat Awal di hospital.

Dalam kejadian itu, kereta BMW 6 Series yang dipandu rakan Awal rosak teruk selepas terbabit nahas berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh ketika mereka dalam perjalanan ke Melaka.

Awal dan Izuan dalam perjalanan ke Karnival Jom Heboh, Melaka untuk mengacarakan Melodi secara langsung.

Ketika ini Scha sedang menjalani penggambaran telefilem Nota Cinta terbitan Suhan Movies arahan Azma Aizal Yusof di ibu kota. Sumber  :  rakyatnews.my

Post a Comment