Sunday, 15 March 2015

AWAS ! MINUMAN COKLAT PALSU TIDAK UBAH SEPERTI JENAMA TERKENAL BERLELUASA DI PASARAN


Nilai : Pada mata kasar, ia tidak ubah seperti produk minuman coklat jenama terkenal, namun risikan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Negeri Sembilan mendapati produk itu sebenarnya palsu.


Sindiket berpangkalan di sini dikesan menghasilkan produk minuman coklat palsu jenama terkenal itu sebelum diedarkan di pasar raya seluruh Semenanjung Malaysia.

Taktik licik sindiket itu yang menjadikan sebuah rumah banglo di Taman Mulia, Mantin di sini, sebagai ‘kilang’ bagaimanapun berjaya dibongkar KPDNKK jam 3.30 petang kelmarin.

Hasil serbuan, sebanyak 225 bungkus minuman bercoklat palsu yang sedia untuk dipasarkan dan beberapa tong serbuk minuman itu ditemui di dalam rumah berkenaan.

Turut dirampas pembungkus, besi tertera nombor siri, mesin pencetak dan penimbang.

- hmetro

Post a Comment