Sunday 15 March 2015

SUAMI ISTERI MAUT, BAYI PARAH, KEMALANGAN DI LPT


Sepasang suami isteri maut manakala bayinya parah selepas kereta yang mereka naiki terbabas di Kilometer 210 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) menghala ke Kuala Lumpur, dekat Gambang, kira-kira jam 2.30 petang tadi.



Kejadian itu menyebabkan kedua-dua pasangan berusia lingkungan 20an yang belum dikenal pasti identiti mereka meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan anggota badan.


Bayi pasangan itu yang parah dibawa oleh orangramai ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk rawatan lanjut.


Menurut saksi, Proton Saga BLM yang dipandu suami mangsa dalam perjalanan dari Terengganu menuju ke Kuala Lumpur, terbabas ke kiri jalan ketika tiba di lokasi kejadian.  -  BH


No comments: