Tuesday, 24 March 2015

GEMPAR ! MEE KARI MERDEKA GARDEN IPOH BERKUAHKAN TULANG BABI ???


DIFAHAMKAN gerai ni dah dikira LEGEND  oleh para peminatnya kerana telah ujud sejak puluhan tahun lalu.  Peniaganya merupakan seorang lelaki berbangsa cina.  Mungkin kerana kelazatan resepi Mee Kari 'apek' pertengahan umur ni, gerainya bukan sahaja menjadi tumpuan pelanggan sebangsanya tetapi juga orang2 Melayu yang kebanyakannya mengakui akan keenakan Mee Kari tersebut.



Bagaimanapun, baru-baru ini dikhabarkan pihak Pejabat Agama setempat telah melakukan pemeriksaan ke premis perniagaan ini dan amat mengejutkan sekali apabila menemui tulang babi di dalam kandungan kuah karinya...


Peniaga itu mengatakan bahawa dia tidak bersalah apabila ramai pelanggan Melayu yang menggemari resepi Mee Kari di gerainya kerana dia tidak pernah mengatakan ianya Halal dan tidak pernah meletakkan tanda Logo Halal... 

BENAR  atau PALSU sebaran yang penulis terima  dari laman Facebook dan WhatsApp ni...... Mohon pelanggan Melayu berhati2 lah.  Ingatlah, makanan yang kita makan  itu akan menjadi darah daging  dan akan dipersoalkan di akhirat nanti... Wallahua'lam....

Korang pun....mcm dah takde tempat lain nak makan.  Makan nasi gaul garam telor mate pun lagi sedap la beb!!!

Post a Comment