Friday 27 February 2015

JEP SEPAHTU SAMAN AKHBAR FITNAH DIRINYA MENGAMUK KALAH KEPADA ZERO DALAM MAHARAJALAWAK MEGA 2015


Mengakui tertekan dengan kontroversi yang melanda dirinya sejak baru-baru ini, Jep Sepahtuingin mengambil tindakan untuk menyaman akhbar yang didakwa memfitnah dirinya berkaitan isi mengamuk selepas kalah kepada kumpulan Zero pada MLM 2014. 

Isu berkenaan dibangkitkan di ruangan pojok sebuah akhbar tempatan beberapa minggu lalu dan di dalam ruangan tersebut, Jep dikatakan bertindak memaki-hamun kru yang berada di belakang pentas sebaik sahaja nama Zero diumumkan sebagai juara MLM2014.

Selain itu, tuduhan lain terhadap Jep turut menyebut bahawa pelawak yang berasal dari Johor itu mengugut akan mencari orang yang bertanggungjawab menjatuhkan Sepahtu sehingga dia dan Shuib tewas pada malam final MLM2014.

Menegaskan bahawa cerita yang dikeluarkan oleh akhbar tersebut merupakan fitnah, Jep juga telah mendapatkan nasihat peguam untuk sebarang tindakan lanjut. 

Menurut Jep, setelah tamat sahaja MLM2014, beliau dan Shuib terus dibawa oleh dua kakitangan Astro ke bilik sidang akhbar.

“Sepanjang perjalanan ke sana, tiada apa-apa pun yang berlaku. Tambahan pula, dua individu yang mengiringi kami itu menjadi saksi bahawa saya tidak mengamuk pun pada malam tersebut,” jelasnya lagi. (rtky/syfq)

No comments: