Friday 9 January 2015

HISHAMUDDIN RAIS BERSALAH MENGHASUT


Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini mendapati aktivis politik dan bekas wartawan, Hishamuddin Rais bersalah atas tuduhan menghasut.

Hakim Azman Mustafa ketika menyampaikan keputusannya berkata mahkamah berpuas hati bahawa pendakwaan berjaya membuktikan kes tersebut melampaui keraguan munasabah.

"Tertuduh tidak menafikan bahawa beliau mengucapkan kenyataan meminta orang ramai turun ke jalan raya untuk memprotes dan menggulingkan kerajaan BN," katanya.

Hishamuddin dituduh membuat kenyataan menghasut dalam ucapannya di di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor antara 8.55 malam dan 11.15 malam pada 13 Mei, 2013. - SUMBER

No comments: