PUTRAJAYA 4 Nov - Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh menjalankan analisis DNA sendiri di negara lain dan menggunakannya untuk menafikan bukti mahkamah yang beliau meliwat bekas pembantunya, kata pihak pendakwaan dalam rayuan ahli politik itu terhadap sabitan kes liwatnya hari ini.
Showing posts with label KES LIWAT. Show all posts
Showing posts with label KES LIWAT. Show all posts
Tuesday, 4 November 2014
KES LIWAT II - HARI KEENAM : SAIFUL BERHARAP TIADA LAGI PEMIMPIN MASA DEPAN SEPERTI ANWAR IBRAHIM

| HARI PENENTUAN, KEADILAN KEPADA SAIFUL |
Saudara-saudari semua,
Hari ini 4 November 2014 akan menjadi saksi ke atas seorang pelakon yang sangat kejam kerana telah melakukan banyak kerosakan kepada orang-orang lain sebelum saya sendiri. Anwar Ibrahim yang anda lihat alim itu, sebenarnya adalah seorang manusia yang sakit jiwa raganya.
KES LIWAT II : HARI KEENAM - ANWAR MOHON MAAF.... RAIH KESIAAAAANNNN.................!!!
PUTRAJAYA 4 Nov - Perbicaraan rayuan ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk ketepikan hukuman penjara lima tahun memasuki hari keenam pada Selasa dan keputusan juga dijangka dibuat oleh lima panel hakim pada hari ini.
KES LIWAT II : HARI KELIMA - MAHKAMAH DIGESA AMBIL KIRA HUBUNGAN INTIM
PUTRAJAYA 3 Nov. – Mahkamah Persekutuan hari ini digesa mengambil kira keterangan bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang menceritakan mengenai ‘hubungan intim’ yang berlaku beberapa kali sebelum kejadian liwat yang dilaporkan.
Friday, 31 October 2014
HARI KE-4 RAYUAN KES LIWAT II ANWAR IBRAHIM
Hari ini merupakan hari ke-4 prosiding rayuan Kes Liwat II Anwar Ibrahim yang bakal menyaksikan pihak pendakwaraya yang diketuai oleh Tan Sri Shafee untuk memulakan hujah beliau. Tidak banyak yang beliau perkatakan semalam selepas pihak peguambela Anwar Ibrahim yang diketuai oleh bekas hakim Mahkamah Persekutuan, Gopal Sri Ram selesai membentangkan prosiding mereka.
Wednesday, 29 October 2014
JENAYAH LIWAT ANWAR IBRAHIM : POLIS DIBALING TELUR, KES DITANGGUHKAN LAGI ????

Berlaku kekecohan di luar Istana Kehakiman, di sini, apabila sekumpulan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim cuba merempuh besi penghadang yang dipasang pihak berkuasa.
Sunday, 27 May 2012
PUNCA KES LIWAT TERTANGGUH SEHINGGA 60 KALI....
Ketika kes masih berjalan, ramai yang tertanya-tanya apakah drama atau permainan yang sedang dimainkan oleh pihak pengamal undang-undang Malaysia? Mana tidaknya, jika kes jenayah seksual tersebut melibatkan rakyat biasa, pastinya ia sudah lama selesai, lebih-lebih lagi apabila terdapat bukti forensik dan saintifik yang nyata.
Ramai yang mengesyaki bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan keseluruhan perbicaraan apabila pihak pembela dilihat mendapat kelebihan untuk menangguhkan kes dengan berbagai-bagai alasan yang tidak masuk akal dan merapu. Lebih pelik lagi, pihak pendakwa juga tidak banyak menyanggah alasan-alasan yang tidak masuk akal dan merapu itu. Sebaliknya, pihak pendakwa membiarkan saja pihak pembela mempermainkan undang-undang dan seolah-oleh mengejek rakyat jelata yang dambakan keadilan.
Walaupun hujah Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden begitu baik, konklusif, tepat serta layak diberi 'tepukan berdiri', tetapi sikap beliau yang keberatan atau enggan menyanggah strategi licik pembela untuk terus menunda kes membuatkan kita hairan.
Dan apabila peguam Anwar memilih untuk membela diri dengan hujah 'suka-sama-suka', mereka sebenarnya telah membuka ruang untuk pihak pendakwa mengikat terus keputusan berdasarkan undang-undang Malaysia yang mengharamkan aktiviti homoseksual tanpa mengira keadaan suka-sama-suka berlandaskan hak asasi dua orang dewasa yang waras.
Inilah yang dijangkakan oleh rakyat, kecualilah jika rakyat tidak dimaklumkan yang undang-undang ini telah dihapuskan?
Jika alasan penghakiman adalah DNA yang diperolehi dari lokap tidak wajar diterima, maka pihak pendakwa seharusnya berusaha memohon sampel melalui perintah mahkamah bagi mencari keadilan.
Namun, ini tidak berlaku. Rayuan juga tidak berlaku. Yang berlaku ialah Anwar lepas bebas. Pembebasannya membuatkan ramai yang kecewa termasuk orang-orang di dalam 'inner-circle'nya yang bercita-cita untuk mengambil tempatnya. Dunia bagaikan terkedu sekejap, cuba menjustifikasi pembebasan beliau yang dianggap mustahil jika dilihat dari perkembangan perbicaraan.
Akhirnya, hari ini, sebahagian dari kemusykilan kita sudah terjawab iaitu apabila Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, bekas pendakwaraya dalam kes liwat tersebut kini dilantik sebagai peguam bela Anwar dalam kes BERSIH 3.0.
Benarlah, bila ianya melibatkan Anwar Ibrahim, tidak ada apa-apa lagi yang boleh mengejutkan kita. Begitulah juga dengan perkembangan terbaru ini.
Jika dulu, Karpal Singh adalah antara orang pertama yang mendedahkan bahawa Anwar Ibrahim adalah peliwat tegar, tetapi kemudian Karpal Singh juga yang menjadi peguambelanya menafikan yang beliau meliwat. Jika dulu Karpal Singh mendesak tindakan diambil ke atas Anwar kerana terlibat dalam salahlaku homoseksual tetapi kemudiannya Karpal Singh juga yang berhujah bahawa aktiviti homoseksual di antara dua orang dewasa yang suka-sama-suka adalah tidak salah.
Justeru, apa beza Karpal dengan Datuk Mohd Yusof? Hampir tiada. Kedua-duanya dibayar untuk membela Anwar, dan kita pasti bayarannya amatlah lumayan sekali. Jika ada pun perbezaan, ialah kerana Karpal mendapat 'bonus tambahan' iaitu dari segi keuntungan politik.
Benar, dari segi perundangan Datuk Mohd Yusof tidak salah untuk membela Anwar. Yang nampak salahnya hanyalah dari segi etika kemanusiaan dan persepsi masyarakat yang melihat beliau sebagai tidak berpendirian.
Namun, melihat dari sikap Majlis Peguam yang langsung tidak punya etika, professionalisme dan integriti, maka seperti juga Anwar, tiada apa lagi yang mengejutkan kita mengenai watak-watak para pengamal undang-undang di Malaysia.
Bagi ramai pengamal undang-undang hari ini, undang-undang itu adalah mengatasi keadilan, moral, etika malah agama juga. Jika ada pun yang lebih 'tinggi' dari undang-undang, ia adalah wang!
Apapun, yang pasti, seperti juga kes liwat, Anwar mungkin menang dalam kes BERSIH 3.0.
Namun, selagi Anwar tidak sanggup bersumpah laknat, selagi Anwar terus bersekongkol dengan zionis dan kafir harbi, selagi Anwar tidak sanggup menunjuk jam omeganya dan selagi Anwar terus cuba menghuru-harakan negara dan memburukkan nama negara dengan berbagai cara, selagi itulah nama Anwar tidak akan bersih.
Biarpun terlepas dari undang-undang, sejarah tetap akan merekodkan riwayat hidup Anwar sebagai seorang peliwat dan pengkhianat.
SUMBER
Thursday, 24 May 2012
EKSKLUSIF !!! KES LIWAT ANWAR IBRAHIM !!! PUNCA KENAPA KES TUNDA 60 KALI TERJAWAB !!! WAJIB BACA !!!
Kes Liwat Anwar yang membabitkan Saiful Bukhari telah berakhir dengan kejutan pada 9 Januari tahun ini,iaitu setelah lebih 60 kali atau lebih 3 tahun tertangguh jika dikira dari tarikh laporan polis dibuat.Ketika kes masih berjalan,ramai yang tertanya-tanya apakah drama atau permainan yang sedang dimainkan oleh pihak pengamal undang-undang Malaysia ??? Mana taknya,jika kes jenayah seksual tersebut melibatkan rakyat biasa,pastinya ia sudah lama selesai,lebih-lebih lagi apabila terdapat bukti forensik dan saintifik yang nyata.Ramai yang mengesyaki bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan keseluruhan perbicaraan apabila pihak pembela dilihat mendapat kelebihan untuk menangguhkan kes dengan berbagai-bagai alasan yang tidak masuk akal dan merapu.Lebih pelik lagi,pihak pendakwa juga tidak banyak menyanggah alasan-alasan yang tidak masuk akal dan merapu itu.Sebaliknya,pihak pendakwa membiarkan saja pihak pembela mempermainkan undang-undang dan seolah-oleh mengejek rakyat jelata yang dambakan keadilan.
Walaupun hujah Peguam Cara Negara II,Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden begitu baik,konklusif,tepat serta layak diberi ‘tepukan berdiri’,tetapi sikap beliau yang keberatan atau enggan menyanggah strategi licik pembela untuk terus menunda kes membuatkan kita hairan.apabila peguam Anwar memilih untuk membela diri dengan hujah ‘suka-sama-suka’,mereka sebenarnya telah membuka ruang untuk pihak pendakwa mengikat terus keputusan berdasarkan undang-undang Malaysia yang mengharamkan aktiviti homoseksual tanpa mengira keadaan suka-sama-suka berlandaskan hak asasi dua orang dewasa yang waras.Inilah yang dijangkakan oleh rakyat,kecualilah jika rakyat tidak dimaklumkan yang undang-undang ini telah dihapuskan
Jika alasan penghakiman adalah DNA yang diperolehi dari lokap tidak wajar diterima,maka pihak pendakwa seharusnya berusaha memohon sampel melalui perintah mahkamah bagi mencari keadilan.Namun,ini tidak berlaku.Rayuan juga tidak berlaku.Yang berlaku ialah Anwar lepas bebas.Pembebasannya membuatkan ramai yang kecewa termasuk orang-orang di dalam ‘inner-circle’nya yang bercita-cita untuk mengambil tempatnya.Dunia bagaikan terkedu sekejap,cuba menjustifikasi pembebasan beliau yang dianggap mustahil jika dilihat dari perkembangan perbicaraan.

Akhirnya,hari ini,sebahagian dari kemusykilan kita sudah terjawab iaitu apabila Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden,bekas pendakwaraya dalam kes liwat tersebut kini dilantik sebagai peguam bela Anwar dalam kes BERSIH 3.0.Benarlah,bila ianya melibatkan Anwar Ibrahim,tidak ada apa-apa lagi yang boleh mengejutkan kita.Begitulah juga dengan perkembangan terbaru ini.Jika dulu,Karpal Singh adalah antara orang pertama yang mendedahkan bahawa Anwar Ibrahim adalah peliwat tegar,tetapi kemudian Karpal Singh juga yang menjadi peguambelanya menafikan yang beliau meliwat.Jika dulu Karpal Singh mendesak tindakan diambil ke atas Anwar kerana terlibat dalam salahlaku homoseksual tetapi kemudiannya Karpal Singh juga yang berhujah bahawa aktiviti homoseksual di antara dua orang dewasa yang suka-sama-suka adalah tidak salah.Justeru itu,apa beza Karpal dengan Datuk Mohd Yusof ??? Hampir tiada.Kedua-duanya dibayar untuk membela Anwar dan kita pasti bayarannya amatlah lumayan sekali.Jika ada pun perbezaan,ialah kerana Karpal mendapat ‘bonus tambahan’ iaitu dari segi keuntungan politik.
Benar,dari segi perundangan Datuk Mohd Yusof tidak salah untuk membela Anwar.Yang nampak salahnya hanyalah dari segi etika kemanusiaan dan persepsi masyarakat yang melihat beliau sebagai tidak berpendirian.Namun,melihat dari sikap Majlis Peguam yang langsung tidak punya etika,professionalisme dan integriti,maka seperti juga Anwar, tiada apa lagi yang mengejutkan kita mengenai watak-watak para pengamal undang-undang di Malaysia.
Bagi ramai pengamal undang-undang hari ini,undang-undang itu adalah mengatasi keadilan,moral,etika malah agama juga.Jika ada pun yang lebih ‘tinggi’ dari undang-undang,ia adalah wang !!! Apapun,yang pasti,seperti juga kes liwat,Anwar mungkin menang dalam kes BERSIH 3.0.Namun,selagi Anwar tidak sanggup bersumpah laknat,selagi Anwar terus bersekongkol dengan zionis dan kafir harbi,selagi Anwar tidak sanggup menunjuk jam omeganya dan selagi Anwar terus cuba menghuru-harakan negara dan memburukkan nama negara dengan berbagai cara,selagi itulah nama Anwar tidak akan bersih.Biarpun terlepas dari undang-undang,sejarah tetap akan merekodkan riwayat hidup Anwar sebagai seorang peliwat dan pengkhianat.
Badut Rakyat
Subscribe to:
Posts (Atom)
