Friday, 19 December 2014

FERI DUMAI EXPRESS TERLANGGAR TEBING PASIR, CEMASKAN PENUMPANG


KUALA LUMPUR : Sebanyak 175 penumpang dan 10 kru sebuah feri mengalami detik cemas apabila feri mereka terlanggar tebing pasir dan terkandas di perairan Dumai, Indonesia petang Khamis. 

Namun Bilik Gerakan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia berkata kesemua yang berada di dalam feri itu selamat.


"Kita terima maklumat itu pukul 5.25 petang tadi. Kesemua penumpang diselamat sebuah feri lain menuju Tanjung Medang, Indonesia," katanya kepada Bernama.

Feri itu difahamkan dalam perjalanan dari Port Dickson menuju Tanjung Medang. - mStar

No comments: