Monday, 29 December 2014

13 SAMSENG JALANAN BELASAH SEORANG LELAKI SELEPAS KERETA EKSIDEN

Gambar Lelaki Diserang 13 Samseng Jalanraya di Puncak Perdana

Baru-baru ini kecoh perihal satu post di Facebook  yang mana memaparkan seorang lelaki cedera parah kerana diserang oleh 13 orang samseng jalanan. Kejadian dikatakan berlaku di Puncak Perdana,

Menurut posting dari facebook mangsa yang menggunakan nama Najib Baterin, dia telah diserang oleh 13 orang lelaki setelah terbabit dalam satu kemalangan.
Menurut mangsa yang menceritakan detik cemasnya di dalam komen dipostingnya, dia dalam perjalanan ke suatu tempat sebelum kereta MyVi miliknya terlibat dalam satu kemalangan dengan sebuah kereta Proton Waja di tengah-tengah perjalanannya.
Setelah mangsa memberhentikan kenderaannya, pemandu Proton Waja tersebut dikatakan sudah kelihatan menghubungi rakan-rakan yang tiba tidak lama selepas itu. Pemandu Proton Waja itu dan rakan-rakannya dikatakan menyerang mangsa selepas kesemua mereka tiba di tempat kejadian.
Menurut mangsa lagi, keretanya sudah tidak dapat digunakan selepas kemalangan tersebut dan pada ketika itu dia sudah pasrah. Mangsa juga ada menyebut dia bersama dengan isterinya ketika kejadian.
Thanks to all…Alan kow my car totaly crashed on that night bro..so i cant drive the car anymore,but i already notice this thing will be happen and just hope may god bless me and my wife….btw thanks for ur advice bro…farah mya hehhehehehe
Walaupun parah, mangsa bersyukur kerana masih mampu melawan dan tidak tumbang ketika diserang kerana jika itu berlaku, keadaannya pasti lebih parah lagi.
Melihatkan kepada gambar-gambar yang dimuat naik oleh mangsa, sememangnya tidak boleh dinafikan mangsa telah diserang dengan teruk sekali oleh kumpulan samsengtersebut.
Diharap agar samseng-samseng yang tiada hati perut ini dibawa ke muka pengadilan dengan segera.
Sumber :  terbakor.com

1 comment:

ninja said...

Kalau kiki boleh ditahan mengapa tidak samseng samseng yang lebih berbahaya ini ..