Kejadian berlaku di Jalan Lekir - Sitiawan di Batu 9 Lekir, berhampiran stor penjualan tong gas kira-kira jam 9.40 pagi ini.
Lori muatan 1 tan itu yang didaftarkan atas nama Syarikat EMPAYAR INDERA dan beralamat di Kg Pandan, Kuala Lumpur, dipercayai dipandu laju.
Semua mangsa yang maut ditempat kejadian setelah tercampak keluar adalah pemandu dan penumpang lori tersebut dan mereka dipercayai pekerja penyelenggara jalanraya. Pemandu Perodua Viva bagaimanapun hanya mengalami cedera ringan sahaja.
No comments:
Post a Comment