Wednesday 12 November 2014

PENDEDAHAN : 'SAMSENG' SEKOLAH PONDOK DI UTARA TAHANAIR BULI DAN BELASAH RAKAN SEASRAMA


PORTAL mymediahubonline mendedahkan mengenai kegiatan buli yang sedang bermaharaja lela di sebuah sekolah pondok di Utara tanahair. Di bawah adalah perkongsian dari individu yang enggan namanya didedahkan.


“Assalamualaikum,

Saya meminta jasa baik tuan/puan memaparkan berita ini supaya pihak yang terlibat dikenakan tindakan setimpal. Tolong rahsiakan maklumat saya. Berita ini adalah benar sebenarnya.

Seorang pelajar, Ahmad Imran bin Muhamad, 15, sekolah Pondok Darul Iman, Kuala Berang telah menjadi mangsa buli. Pada tahun ini sahaja, tiga kes telah berlaku di sekolah tersebut.

Kes pertama, semasa sedang tidur di asrama, mangsa telah dibaling dengan baldi oleh seorang pembuli 1 ke atas muka mengakibatkan mata mangsa bengkak.

Kes kedua, semasa sedang tidur di asrama juga, mangsa telah dipukul dengan kayu oleh pembuli 2 mengakibatkan kepala pecah dan berdarah. Mangsa menerima 10 jahitan. Kes itu berlaku pada bulan 10 yang lalu.

Kes ketiga, dua hari yang lepas, mangsa telah dipukul oleh 9 orang pelajar tingkatan 4 di dalam sebuah bilik yang gelap dan berkunci. Menurut mangsa, pembuli menggunakan tangan, kaki, baldi, kayu dan sterika. Akibatnya, keseluruhan badan mangsa lebam. Menurut mangsa juga, ada anggota polis mengatakan si mangsa adalah samseng sedangkan si mangsa telah dipukul secara beramai-ramai. 

Pihak guru di sana menyalahkan si mangsa kerana mulut si mangsa. Adakah itu adil? Dimanakah nilai keagamaan di situ? Apa guna sebenarnya sekolah pondok? 




Jika pendedahan kes di atas adalah benar. Mohon pihak polis siasat dan ambil tindakan terhadap pelajar pembuli terbabit. Jika dahulu sekolah adalah tempat untuk mendapatkan ilmu, kini tidak lagi. Hantar anak ke sekolah pondok untuk belajar ilmu agama sudah bertukar menjadi menghantar anak ke mulut buaya. - My Media Hub

No comments: