Wednesday 12 November 2014

FACEBOOKER MAXAZMAN SABUDIN CABAR KETUA PENGARAH JPJ BERSEMUKA DI KLCC HARI INI

Facebook Maxazman Sabudin Berani Cabar Ketua Pengarah JPJ

HARI INI.... sebentar tadi, jika mengikut waktu yang ditetapkan oleh MaxazmanSabudin, beliau telah pun berjumpa dengan Ketua Pengarah JPJ.  Itupun jika Datuk Ismail Ahmad  tidak menghantar wakilnya sahaja.... Apakah hasil daripada perjumpaan tersebut ?


SEMALAM.... Menerusi laman sosial  hangat diperkatakan mengenai isu seorang rakyat Malaysia iaitu Bro Maxazman yang mencabar Ketua Pengarah JPJ, Datuk Ismail Ahmad untuk bersemuka dengannya secara peribadi pada 13 November 2014. 

Semuanya bermula apabila Ketua Pengarah JPJ berasa kurang senang terhadap status facebook yang dikeluarkan oleh Maxazman dan meminta Maxazman tampil untuk bersemuka dengannya.

Namun sebaliknya,  Maxazman Sabudin berkata, ketua pengarah JPJ yang sepatutnya datang bersemuka dengannya secara peribadi di pejabat Maxazman yang terletak di Aras 16 Menara KLCC pada 13 November 2014. 

Punca isu tersebut susulan tindakan Maxazman mengkritik kereta ketua pengarah JPJ yang bertinted gelap serta memasang nombor plate kenderaan yang tidak mengikut spesifikasi JPJ. Antara tujuan utama BroMaxazman Sabudin ingin bersemuka dengan Ketua Pengarah JPJ adalah untuk meminta penjelasan mengenai isu cermin gelap, pemasangan lampu HID, serta nombor plate yang tidak mengikut spesifikasi yang didakwa penyumbang utama kepada kemalangan jalan raya.


No comments: