Monday 24 November 2014

HAKIM KES ANWAR SAMAN NALLAKARUPPAN TARIK DIRI

Post Pic

KUALA LUMPUR :  Seorang Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menarik diri daripada mendengar kes saman Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap bekas rakan baiknya, Datuk S. Nallakaruppan atas dakwaan menerima wang RM60 juta daripada sebuah syarikat perjudian.
 
Hakim Datuk Su Geok Yiam membuat keputusan itu setelah membenarkan permohonan peguam Syed Ismat Syed Muhammad yang mewakili Presiden Parti Kebangsaan India Malaysia (MUIP) itu supaya hakim itu menarik diri.
 
Menurut peguam Shahid Adli Kamaruddin yang mewakili Anwar, hakim itu membuat keputusan itu setelah berpendapat adalah tidak wajar untuk beliau mendengar kes saman tersebut ekoran komen yang dibuat ketika menolak pernyataan pembelaan Nallakaruppan.

- antarapos

No comments: