Sunday 23 November 2014

STRUKTUR LRT DI LEBUHRAYA PERSEKUTUAN SELAMAT ???


KUALA LUMPUR : Syarikat Prasarana Negara Bhd (Prasarana) menafikan struktur Projek Lanjutan Laluan Aliran Transit Ringan (LRT) di Lebuhraya Persekutuan berhampiran Subang Parade yang didakwa tidak selamat dan condong seperti tersebar di media sosial.


Jurucakap Projek Lanjutan LRT dalam satu kenyataan dikeluarkan berkata, dari segi fizikal struktur binaan itu selamat dan stabil bertentangan dengan gambar yang tersebar di dalam media sosial mendakwa landasan itu condong.

Menurutnya, sebaliknya apa yang berlaku ketika kontraktor sedang menjalankan kerja penyediaan untuk mengangkat blok konkrit untuk membina landasan mendapati kren digunakan bagi mengangkat blok itu mempunyai masalah tengah hari semalam.

“Kami terpaksa membuat keputusan untuk menurunkan semula kren itu demi kepentingan orang awam menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas di kawasan terbabit.

“Kren itu berjaya dibawa turun dengan selamat dan laluan di kawasan terbabit dibuka semula untuk orang ramai jam 8 malam semalam. Kami memohon maaf kepada pengguna jalan raya di atas kesulitan yang berlaku,” katanya. - Metro

No comments: