Friday 24 October 2014

TUNKU MAHKOTA JOHOR SELAMAT BERNIKAH DENGAN CHE' KHALEEDA


 Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim memasuki pekarangan Istana Bukit Serene, di sini tepat pukul 10 pagi tadi bagi istiadat pertunangan, majlis hantaran dan pernikahan dengan Che' Khaleeda Bustamam.



Turut berangkat ke istiadat, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah serta anakandanya, Tunku Temenggong Johor Tunku Idris dan Tunku Putra Johor, Tunku Abu Bakar.

Terdahulu, barisan pembesar negeri terdiri daripada exco kerajaan dan tetamu kenamaan mula memasuki pekarangan istana kira-kira 8 pagi ini.

Che' Khaleeda Bustamam yang bakal menjadi suri Tunku Ismail, bakal memakai gelaran Che Puan sebaik sahaja sah dinikahkan oleh Mufti Johor, Datuk Mohd. Tahrir Samsudin.


Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, 30 telah selamat melangsungkan pernikahan dengan Cik Khaleeda Bustamam, 21 di Istana Bukit Serene pukul 10 pagi pada hari ini.