Tuesday 28 October 2014

KEMARUK MAHUKAN ANAK TABUNG UJI.... TIBA-TIBA JUPE UMUM HIDAP BARAH SERVIKS TAHAP 2A !!!



JAKARTA: Dunia hiburan Indonesia hari ini dikejutkan dengan pengakuan daripada bintang popular Julia Perez yang menyatakan bahawa beliau menghidap barah serviks.


Menurut laporan portal berita Kompas.com, penyanyi dangdut yang juga pelakon sinetron yang ringkas disapa sebagai Jupe itu mengumumkan hal tersebut secara mendadak bersama dokumen pemeriksaan perubatannya di Singapura.

"Aku kena barah serviks, peringkat 2A. Ini yg selama ini aku rahsiakan dari kalian," kata Jupe sambil menangis teresak-esak saat ditemui wartawan di Kemang, Jakarta.

Pemilik nama sebenar Yuli Rachmawati itu menambah, penyakit yang dihidapinya memerlukan ketahanan mental dan dia harus selalu berpikir positif.

Jupe yang pernah muncul dalam filem Suami-Suami Takut Istri itu memberitahu, gejala awal penyakitnya sudah dirasakan ketika dalam sebuah acara di Bali.

Ketika itu, Jupe mengalami pendarahan yang pada mulanya disangkakan normal akibat keletihan dan kemudian dia mengakui, dalam tempoh lebih tujuh bulan lalu masalah pendarahannya berulang.

Selain mempertimbangkan beberapa faktor, bintang tersebut mengaitkan penyakit itu dengan sebab utama iaitu masalah psikologi.

Baru-baru ni kita juga dikejutkan dengan kenyataan Jupe yang mahukan anak tanpa nikah dengan melalui proses bayi tabung uji. 

Dia juga mengaku yang dia amat teliti dalam memilih ciri-ciri bagi memastikan bakal anaknnya itu tidak mengecewakan. Itulah sebabnya sperma yang didermakan untuk dijadikan zuriatnya mestilah memiliki kualiti yang tinggi untuk memastikan anak yang bakal dilahirkannya itu sihat.

No comments: