Wednesday 24 September 2014

(VIDEO) : PELAJAR LELAKI MAUT DIBAHAM HARIMAU PUTIH DI DALAM KANDANG

Pelajar berkenaan kelihatan ketakutan sebelum maut diserang harimau putih tersebut. Gambar AFP, September 23, 2014.

Seekor harimau putih menerkam seorang pelajar sekolah dan membahamnya di sebuah zoo di New Delhi semalam.  Menurut laopran daripada Republika Online, saluran-saluran televisi menyiarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan pelajar lelaki tersebut ketakutan di dalam kandang yang menempatkan enam ekor harimau putih, bersama singa dan harimau kumbang. 





“Kami semua sangat terkejut,” kata Pengarah Taman Zoo Kebangsaan Amitabh Agnihotri di ibu kota India, beliau menambahkan bahawa mayat pelajar tersebut akan dihantar untuk dibedah siasat.


“Harimau menerkam pelajar lelaki itu dan membunuhnya. Saya tidak jelas apakah dia melompat masuk ke dalam kandang atau tak sengaja tergelincir.”

Pihak berkuasa belum memastikan apakah pelajar itu datang sendiri atau bersama teman-temannya. “Penghadang ini terlalu rendah dan nampaknya seperti harimau itu menyambar mangsa ke dalam kandangnya dan menerkam pelajar itu di lehernya,” kata seorang saksi yang melaporkan kejadian itu pada pihak polis.

“Kami cuba melempar batang kayu dan batu ke arah harimau putih berkenaan namun gagal menyelamatkan mangsa,” katanya dengan menambahkan harimau itu membunuh pelajar tersebut dalam tempoh kurang dari 10 minit.

Pada 2000 seekor harimau menerkam seorang lelaki di sebuah zoo di wilayah timur, Bengal Barat. Pada 2011, India memiliki 1.706 ekor harimau atau lebih dari separuh populasi yang terdapat di seluruh dunia.

No comments: