Wednesday 24 September 2014

DAP LABEL 4 EXCO PAS PENGKHIANAT TETAPI NIK AZIZ DOA BALA UNTUK BN.... KHHAAKKKK TUIHHHH!!!

image

Empat anggota Exco kerajaan negeri daripada Pas yang sebelum ini menyokong kepemimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, kini dituduh sebagai pengkhianat oleh DAP.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, ini kerana kempat-empat mereka iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cempaka, Iskandar Abdul Samad; Sallehen Mukhyi (Sabak Bernam), Dr. Ahmad Yunus Hairi (Sijangkang) dan Dr. Halimah Ali (Selat Klang) dilihat mengingkari prinsip solidariti dan demokrasi dalam pakatan pembangkang.


Katanya, parti itu kesal atas kegagalan keempat-empat wakil Pas itu untuk bersama enam lagi Exco DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dikatakan dipecat secara tidak adil oleh Abdul Khalid.
“Pengkhianatan empat Exco Selangor daripada Pas terhadap prinsip solidariti dan demokrasi amat dikesali sama sekali.


“Ini termasuk kegagalan untuk setia bersama enam lagi Exco DAP dan PKR yang dipecat secara tidak adil oleh bekas Menteri Besar yang telah kehilangan sokongan majoriti Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor,” katanya dalam sidang akhbar awal pagi semalam. - Utusan Malaysia


Bertempat di tempat ceramah di belakang Masjid Genting, Mursyidul Am PAS berdoa bala ke atas pengundi-pengundi Barisan Nasional (BN). Antara intipati doa adalah berbunyi, "Supaya Allah buka pintu hati mereka, kembali ke pangkal jalan, kerat-keratkan lidah mereka, butakan mata mereka supaya tidak nampak kecuali nampak bulan sahaja."

Tergamak sungguh  Nik Aziz melafazkan doa sedemikian....Kenapa Nik Aziz tak doakan bala dan bencana kepada PKR dan DAP yang meruntuhkan prinsip perjuangan ISLAM PAS malah mensabotaj PAS dari dalam dam luar... masih rela doakan kebaikan dan kesejahteraan kumpulan munafikun (PKR) dan Kafir harbi laknatullah (DAP) berbanding saudara seagama dan sebangsa mereka...

Jelas lah Allah dan tutup hati, mata dan jiwa mereka dari melihat kebenaran... BENARLAH AYAT ALLAH "Kerana sebenarnya bukan mata yang buta, TETAPI YANG BUTA IALAH HATI DI DALAM DADA .” (Surah al-Hajj, ayat 46) - idealismalaysia

BEGITUKAH JIWA DAN HATI SEORANG ULAMA... ??? 

No comments: