Wednesday 17 September 2014

RAJA AZMI DAN SUAMI DAH SEBULAN TINGGAL BERASINGAN


Sapa tak kenal Raja Azmi dan Mohd Eddie Ghazali yang mendapat perhatian ramai peminat selepas kisah percintaan mereka menjadi perbualan sepanjang tahun.

Namun langit tidak cerah lama buat pasangan ini apabila ada berita kurang senang didengari. Raja Azmi mengakui sendiri yang beliau dan suaminya itu sudah sebulan tidak tinggal bersama kerana terjadi salah faham antara mereka selain turut mengakui masing masing kini lebih senang membawa haluan sendiri.

“Apa yang boleh saya katakan buat masa ini saya dengan Eddie sedang membawa haluan masing masing dan kami perlukan ruang untuk berfikir serta memperbaiki hubungan kami. Kenapa dan sebab apa perkara ini terjadi, saya tidak dapat menjelaskan dengan lebih lanjut”

“Biarlah ia menjadi rahsia peribadi. Lagipun apa yang saya lakukan ini adalah demi menghormati pihak keluarga masing-masing. Selagi mampu bertahan, kami akan cuba bertahan serta berusaha sedaya upaya untuk perbaiki serta selamatkan rumahtangga kami. Apapun saya reda dengan segala ketentuan Allah SWT,“ ujar Raja Azmi berkaitan isu ini.

Selain itu, Raja Azmi juga turut berkata yang beliau sedih dengan apa yang sedang berlaku kini dan sebolehnya tidak mahu penceraian terjadi namun jika ianya tidak dapat dielakkan, beliau reda dengan semua ketentuan Tuhan.

“Apapun, kita ini hanya mampu merancang, tapi Allah SWT yang menentukan segalanya. Kalau Allah SWT sudah tentukan jodoh kami tidak panjang dan kalau jodoh kami sudah cukup sampai di sini, saya reda,“ tambahnya lagi. 


- MiraAzhar/Utaranews.com

No comments: