Wednesday 17 September 2014

MENYAYAT HATI... IBU MENINGGAL DUNIA AKIBAT TUMPAH DARAH SELEPAS BERSALIN SENDIRIAN DI RUMAH... AL-FATIHAH


KOTA KINABALU : Seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan tidak sempat merasai dakapan ibu kandungnya apabila wanita itu maut dipercayai akibat ‘tumpah darah’ di sebuah rumah di Kampung Bukit Nenas, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 10 pagi, mangsa dikenali sebagai Aminah Ayuan, 30, dipercayai melahirkan sendiri bayinya, manakala suaminya tiada di rumah kerana keluar bekerja.

Ibu malang itu dipercayai mengalami kompilasi sejurus selepas melahirkan bayi sebelum ditemui tidak sedarkan diri.

Kejadian disedari jirannya yang mengesyaki berlaku perkara buruk selepas terdengar jeritan ibu malang itu lalu menghubungi ambulans untuk meminta bantuan.

Bagaimanapun, ketika menanti kehadiran ambulans, wanita terbabit meninggal dunia akibat kehilangan banyak darah ketika bersalin.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra mengesahkan kejadian dan mayat mangsa
sudah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk bedah siasat.

No comments: