Wednesday 17 September 2014

#PRKPENGKALANKUBOR : SPR ARAH PKR TURUNKAN BENDERA, KAIN RENTANG

alt

Yang bertanding PAS... so apa hal PKR nak menyibuk sama bukak bilik gerakan, pasang bendera dan kain rentang... Bodoh ke hapa. PR bukannya gabungan berdaftar !!!

TUMPAT 17 Sept - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengarahkan Bilik Gerakan PKR Kampung Telaga Lanas supaya menurunkan bendera dan kain rentang yang memaparkan logo parti yang tidak bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor, Kelantan.

 Arahan itu dibuat selepas SPR membuat lawatan mengejut terhadap Bilik Gerakan PKR di kampung itu selepas didapati melanggar peraturan Pilihan Raya kerana mempamerkan logo parti biarpun tidak bertanding.
 
Serbuan berkenaan dibuat pada kira-kira jam 1.45 tengah hari membabitkan kira-kira 10 penguat kuasa SPR.
 
Hasil perbincangan selama 20 minit oleh kedua-dua pihak, parti itu bersetuju menurunkan bendera serta kain rentang yang memaparkan logo parti itu selewat-lewatnya malam nanti.
 
"Malam ni kita akan tutup (logo PKR di kain rentang), sekarang cuaca panas lagi. Kita akan ubahsuai kepada bendera PAS," kata Pengerusi PKR Kelantan, Ab Aziz Ab Kadir yang ditemui selepas itu.
 
Menurut jurucakap SPR yang enggan namanya didedahkan ketika ditemui sebentar tadi memaklumkan ini adalah amaran keempat dikeluarkan pihaknya kepada parti itu dan akan mengadakan lawatan susulan malam ini.
 

No comments: