Friday 15 August 2014

WANITA KERANI BANK SONGLAP DUIT 4 AKAUN MANGSA #MH370 DITAHAN POLIS

Seorang wanita yang juga pekerja sebuah bank ditahan bagi membantu siasatan berhubung kehilangan wang tunai lebih RM100,000 daripada empat akaun milik penumpang Penerbangan Malaysia MH370 yang dilaporkan hilang pada 8 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu berkata, suspek ditahan di satu lokasi di Ampang jam 4 petang semalam. 

“Suspek berusia 33 tahun ditahan jam 4 petang ini (semalam) di Ampang untuk membantu siasatan berhubung kehilangan wang lebih RM100,000 daripada empat akaun mangsa MH370. 

“Dia yang bertugas sebagai kerani bank berkenaan disyaki terbabit dalam meluluskan proses pembaharuan kad pengeluaran wang automatik (ATM) akaun milik salah seorang mangsa,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Katanya, sebelum ini, wanita berkenaan diarahkan bercuti oleh pihak bank bagi membolehkan siasatan berhubung kehilangan wang itu dilakukan.

Perkara itu telah dikesan oleh pengurus bank yang terbabit dan pihak bank kini sedang membuat satu siasatan audit dalaman. Susulan itu pihak bank telah membuat laporan mengenainya pada 2 Ogos lalu dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer.

KERANA wang.... sanggup lakukan apa sahaja... #takingatmati

No comments: