Friday, 15 August 2014

MAYAT BAYI PEREMPUAN CUKUP SIFAT DITEMUI DI DALAM LONGKANG

 http://4.bp.blogspot.com/-rgGfMa6uf_0/U-1jF1nYI7I/AAAAAAAAUIg/DTe9i-waS2Q/s1600/Untitled-2.png

14/8/14 - MAYAT seorang bayi perempuan yang cukup sifat dan masih bertali pusat ditemui di dalam sebuah longkang belakang deretan rumah teres kira-kira jam 9 pagi tadi (semalam) di Taman Seri Sg Pelek,Sepang.
 

Menurut Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Mohd Yusoff Awang berkata, mayat bayi yang dianggar seberat dua kilogram itu telah dijumpai oleh penduduk di situ, seorang lelaki berusia 52 tahun .  Menurutnya lagi, hasil pemeriksaan awal ke atas mayat bayi yang berkulit cerah itu menemui kesan calar pada dahinya dipercayai terkena batu pada longkang. Mayat bayi itu telah dihantar ke Hospital Serdang untuk disiasat.

http://1.bp.blogspot.com/-xfZzO8FWa8A/U-1jFmq6PAI/AAAAAAAAUIc/r-PpBa3tqWs/s1600/Untitled-1.png
Lokasi longkang tempat bayi ditemui
BAYI cukup sifat...berkulit cerah....pastinya sangat comel.... anak siapakah ??? Sanggup mengandungkannya sembilan bulan...tetapi dibunuh apabila lahir?? Semoga si perlaku dpt hidayah drpd Allah Taala..

No comments: