 
 
Kemunculan imej lelaki berwajah mirip 
pengasas bersama Apple Inc yang sudah meninggal dunia pada 2011 
menimbulkan perbincangan baru mengenai kesahihan kematiannya.  
Kemunculan imej menyerupai Steve Jobs itu dikesan pada satu selfie 
seorang lelaki yang dimuat naik di laman sesawang Reddit. 
Menggunakan
 nama TheHorseSizedDuck, lelaki terbabit merakam gambarnya di kawasan 
pantai Rio de Janeiro dan secara tidak sengaja merekodkan seorang lelaki
 berkerusi roda seakan-akan Jobs.  Dia dilihat berbaju hitam dan ditolak
 lelaki lain.
Berdasarkan
 janggut, kaca mata, rambut dan gayanya seseorang boleh diyakinkan 
lelaki terbabit adalah Jobs.   Bagaimanapun, lapisan kedua baju dipakai 
pada bahagian dalam itu menimbulkan tanda tanya kerana ia bercorak 
terang yang bercanggah dengan kebiasaan Jobs. 
Jobs
 didapati menghidap penyakit barah pankreas dan menghembus nafas 
terakhirnya jam 3 petang, 5 Oktober 2011.  Kemunculan imej menyerupai 
Jobs itu merancakkan perbincangan pelayar Internet terutama dalam 
kalangan peminat teori konspirasi. 
Pengguna
 Reddit yang dikenali sebagai BestTastingFish memberi komen: “Kami 
perlukan lebih banyak maklumat mengenai gambar ini seperti di mana ia 
diambil dan adakah Jobs benar-benar berada di situ.  “Secara peribadi, 
saya ragu-ragu.” katanya.   Namun, ada juga menganggap gambar ini 
diambil ketika Jobs masih hidup dan baru disiarkan sekarang.
 
 
 
No comments:
Post a Comment