Wednesday 13 August 2014

ADUN PAS HULU KLANG 'MURTAD' ...???

 

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Klang dari PAS Saari Sungib dikatakan berpaling tadah dan cuba mengingkari arahan yang diberikan oleh Presiden Pas Datuk Seri Haji Hadi Awang apabila menggesa agar kepimpinan PAS Pusat menyokong DAP dan PKR menolak Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor Lapor Malaysian Insider....


Saari (gambar) dikatakan bersimpati dengan ke enam-enam anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri (Exco) Selangor dari PKR dan DAP yang dipecat daripada jawatan oleh menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Saari Sungib meminta kempimpinan PAS pusat agar menyegerakan mesyuarat supaya satu keputusan menyokong dan mengukuhkan hubungan dengan DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat (PR).

Kerajaan perpaduan bersama UMNO merupakan igauan buruk buat Saari Sungib tetapi mengukuh hubungan dengan PKR dan DAP lebih selesa.


Saari berkata, tindakan PAS menangguhkan mesyuarat berkenaan seolah-oleh pendirian parti itu untuk terus bersama PR masih lagi samar-samar sehingga membuatkan penyokong dan rakyat terpaksa menanti keputusan mereka.

"Sekiranya mesyuarat hanya memutuskan perkara dasar, iaitu untuk terus bersama PR, kita sudah ketahui perkara itu sekian lama.

"Sekiranya untuk memutuskan keluar dari PR, ia memerlukan muktamar khas bagi mendapatkan persetujuan," katanya.

"PR Selangor termasuk PAS seharusnya mengukuhkan kedudukan majoriti mereka dalam Dewan Undangan negeri (DUN) dengan bilangan kerusi dan PAS harus menyertai mereka bagi memastikan kerajaan PR Selangor kekal memerintah.

Saari bimbang apabila Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan secara terbuka menyokong Khalid, itu petunjuk jelas mereka (BN) mempunyai pasukan memantau perkara itu," katanya


Saari merupakan rakan karib Anwar Ibrahim. Itu sahaja rakan lama dalam PAS yang boleh dipercayai Anwar. Antara Adun "Anwarinas" yg sudah diplan dalam Pas seperti mana Khalid Samad dalam Pas.

Hujah Saari sama seperti hujah yang dilemparkan oleh Lim Kit Siang....Sebelum ini Lim Kit Siang menuduh umno cuba menarik Adun Pas agar berpaling tadah.

Persoalannya siapa sebenarnya yang cuba menghasut  Adun Pas?

No comments: