 
 
SHAH ALAM - Menteri Besar, Tan Sri 
Abdul Khalid Ibrahim hari ini mendedahkan surat perkenan daripada Sultan
 Selangor kepada beliau untuk memecat lima Exco PKR dan DAP, semalam.   
 Abdul Khalid berkata surat balas daripada Sultan Selangor itu 
diperolehinya dua jam selepas beliau menulis kepada Tuanku berhubung 
kenyataan bersama lima bekas Exco itu yang enggan bekerjasama 
dengannya. 
"Semalam
 jam 2 petang saya tulis surat kepada Sultan selangor selepas semua Exco
 itu tulis kenyataan bersama untuk tidak bersama-sama dalam pentadbiran 
kerajaan negeri.  "Sultan Selangor telah balas secara bertulis supaya 
Exco berkenaan tidak bertugas lagi," katanya pada sidang media selepas 
mempengerusi mesyuarat mingguan Exco, di Pejabat Setiausaha Kerajaan 
Negeri, di sini, hari ini. 
Beliau
 berkata demikian membidas kenyataan lima Exco dipecat itu yang mendakwa
 Abdul Khalid tidak memperolehi perkenan Sultan Selangor untuk 
mengugurkan tiga wakil DAP dan dua wakil PKR.  Lima Exco terbabit ialah - 
- Datuk Teng Chang Khim,
- Ean Yong Hian Wah,
- Elizabeth Wong,
- Ganabatirau Veraman dan
- Dr Daroyah Alwi.
Dalam pada itu, mesyuarat mingguan Exco 
hari ini dihadiri oleh empat Exco Selangor Pas dan tiga pegawai 
ex-officio. 
Antara
 Exco Pas Selangor yang hadir ialah Iskandar Abdul Samad, Dr Halimah 
Ali, Dr Ahmad Yunus Hairi dan Salehin Mukhyi.  Manakala pegawai 
ex-officio pula ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk 
Mohammed Khusrin Munawi; Penasihat Undang-undang, Datuk Zauyah Be T.Loth
 Khan dan Pegawai Kewangan, Datuk Noordin Sulaiman. 
Sementara
 itu, Abdul Khalid menegaskan lima Exco dipecat itu tidak dibenarkan 
meneruskan khidmat mereka selepas kenyataan semalam bercanggah dengan 10
 akujanji dan sumpah kesetiaan di hadapan Sultan Selangor semasa mereka 
mengangkat sumpah sebagai Exco.
Di akaun  facebook rasmi beliau, Tan Sri Khalid Ibrahim  menulis :
Alhamdulillah,
 saya bersyukur kerana hari ini Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) 
telah mengadakan mesyuarat seperti biasa dengan korum yang mencukupi 
bersama empat Ahli MMKN dan tiga pegawai Ex-Officio.
Jumlah ini memadai
 dan sah mengikut Artikel 53 (2) (b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri
 Selangor yang menetapkan sekurang-kurangnya  mempunyai  empat (4) 
anggota MMKN untuk mentadbir negeri secara sah.
MMKN juga 
telah diberitahu tentang perkenan DYMM Sultan Selangor untuk tidak 
meneruskan perkhidmatan ahli 5 orang pegawai MMKN daripada Parti 
Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) berkuatkuasa 
semalam.
DYMM Sultan 
Selangor telah berkenan untuk membatalkan pelantikan EXCO-EXCO yang 
terlibat atas nasihat daripada Dato’ Menteri Besar secara bertulis.
Kita 
berpendapat bahawa 5 EXCO tersebut tidak boleh diteruskan perkhidmatan 
mereka setelah mengeluarkan kenyataan bersama untuk tidak mahu mempunyai
 sebarang hubungan dengan Menteri Besar dan hanya menghadiri mesyuarat 
MMKN bagi memantau perjalanan Kerajaan Negeri serta hanya akan menurut 
kehendak parti yang mereka dokongi.
Kenyataan ini 
sekaligus bercanggah dengan 10 Aku Janji dan Sumpah Kesetiaan yang telah
 dilafazkan ketika mengangkat sumpah di hadapan DYMM Tuanku Sultan.
Saya berharap 
rakyat Selangor tidak keliru dengan situasi ini kerana penamatan khidmat
 EXCO-EXCO ini dibuat secara sah mengikut peruntukan undang-undang sedia
 ada.
Saya 
berharap rakyat Selangor bertenang kerana pentadbiran Kerajaan Negeri 
berjalan seperti biasa manakala agenda membela kebajikan untuk rakyat 
akan diteruskan dan diutamakan.
YAB TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR 
13 OGOS 2014
 
Untuk rekod, semalam Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pinang, Datuk Teng Chang Khim, 
berkata surat pemecatan beliau daripada jawatan EXCO negeri adalah tidak
 sah kerana beliau dilantik oleh Sultan Selangor. 
Sehubungan itu, beliau yang juga EXCO Kerajaan Tempatan, Kajian dan 
Penyelidikan berkata, semua barisan EXCO PKR dan DAP akan meneruskan 
kerja masing-masing kerana pemecatan mereka tidak sah dari segi 
undang-undang. Baca seterusnya.... di sini 
       
 
 
 
No comments:
Post a Comment