Monday 14 July 2014

POLIS BERJAYA TAHAN BLOGGER UGUT BUNUH MB KEDAH ???


Alor Setar : Blogger lelaki berusia 37 tahun yang disyaki membuat ugutan bunuh Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Setiausaha Sulit Sultan Kedah, ditahan polis di Lembah Klang pada jam 5.45 petang tadi. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kedah, Asisten Komisioner Nashir Ya, berkata lelaki berusia 37 tahun dan berasal dari Kedah itu ditahan kira-kira jam 5.45 petang berhubung komen berbaur ugutan dimuat naik melalui laman Fcebook mengguna pakai nama Padi Jantn. 


"Kita sudah tahan lelaki terbabit selepas disyaki mempunyai kaitan dengan akaun Facebook Padi Jantn dan kini suspek sedang dibawa pulang ke Kedah untuk siasatan lanjut. 

"Suspek akan disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana membuat ugutan jenayah," katanya di sini petang ini. 

Kelmarin lebih 20 laporan polis dibuat pelbagai pihak di seluruh Kedah terhadap blogger Padi Jantn kerana mengugut untuk membunuh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir. 

Turut disebut melalui komen Facebook berbaur ugutan itu ialah Setiausaha Sulit Sultan Kedah, Datuk Syed Unan Mashri Syed Abdullah. BeritaHarian

No comments: