Monday 14 July 2014

PAK NIL MASIH SIMPAN SURAT MISTERI PEMBERIAN ALLAHYARHAMAH KAK PAH......


Pengacara popular, Datuk Aznil Nawawi dalam program khas H Live!, Apa Kata Malaysia yang memberi penghormatan kepada biduanita, Allahyarham Datuk Sharifah Aini pada 6 Julai lalu mendedahkan mengenai misteri sepucuk surat yang berada dalam simpanannya sejak sedekad lalu. 


Aznil mendakwa sampul surat itu diserahkan oleh penyanyi bersuara lunak berkenaan kepadanya untuk disimpan pada satu pertemuan di kediamannya dan turut dialamatkan kepada satu nama besar dalam industri hiburan tempatan.

Pada pertemuan itu juga, arwah dikatakan turut mengamanahkan kepada Aznil supaya mendedahkan isi kandungan surat itu kepada umum apabila tiba masanya. 


Pemergian Allahyarham yang mesra disapa umum sebagai Kak Pah pada awal pagi 5 Julai lalu menggamit semula ingatan Aznil kepada surat yang lama tersimpan itu. Surat apakah itu? Bersediakah Aznil untuk berkongsi isi surat itu kepada umum? B*POP mendapatkan penjelasan Aznil. 

No comments: