Friday 18 July 2014

PESAWAT MAS #MH17 DIPERCAYAI DITEMBAK DENGAN PELURU BERPANDU BUK-1

Post image for EKSLUSIF! PESAWAT MAS MH17 DITEMBAK JATUH DI UKRAINE

EKSLUSIF! PESAWAT MAS MH17 DITEMBAK JATUH DI UKRAINE | Syarikat Malaysia Airlines (MAS) telah terputus hubungan dengan pesawat Penerbangan MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur yang dilaporkan terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Rusia hari ini.



MAS dalam tweet terbaharunya berkata kedudukan terakhir pesawat itu adalah di ruang udara Ukraine.
“Butiran lanjut akan menyusul,” katanya.

Sementara itu, jurucakap MAS berkata syarikat penerbangan itu tidak dapat mengesahkan laporan agensi berita antarabangsa mengenai insiden itu dan masih menyiasat perkara berkenaan.

“Sebaik kita mendapat butiran lanjut, kami akan memaklumkan kepada media,” katanya.

Agensi berita antarabangsa melaporkan sebuah pesawat Malaysia yang membawa 295 penumpang terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Rusia.

Ia berkata pesawat Beoing itu dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang dilaporkan terhempas di Ukraine dekat sempadan Russia, malam ini dipercayai ditembak jatuh menggunakan sistem peluru berpandu BUK yang dibangunkan pada era Soviet Union dan perang dingin.

BUK merupakan peluru berpandu jarak sederhana dari permukaan darat ke udara. Ia digerakan dengan kenderaan di mana hanya 5 minit diperlukan untuk menyediakan bateri tembakan dan ia boleh bergerak semula dalam 5 minit berikutnya.

Menurut sumber, peluru berpandu BUK dikatakan mampu mencapai jarak 30 kilometer dengan kelajuan 830 meter sesaat.

Terdapat banyak variasi dalam sistem BUK dan tidak diketahui secara spesifik peluru jenis apa yang digunakan untuk menembah jatuh MH17.

“Namun ada pihak berkata ia jenis BUK-1 yang merupakan peluru jenis terawal dihasilkan,” katanya di Kuala Lumpur malam ini.

Tentera Ukraine dikatakan baru sehari lepas memasang sistem BUK di wilayah Timur negara itu dalam kawasan Danostek.

MAS dalam tweet berkata kedudukan terakhir pesawat itu adalah di ruang udara Ukraine. Dikhuatiri lebih 20 orang rakyat Malaysia berada di dalam pesawat tersebut.

Berikut adalah video yang menunjukkan kejadian tersebut :




Kejadian juga dilaporkan berlaku pada ketinggian 32,000 kaki ketika ia ditembak namun ianya masih belum dapat diapstikan sama ada ia berada di dalam kawasan penerbangan Russia ataupun Ukraine.

Tengahari semalam, MAS telah memuatnaik satu status di laman twitter yang berbunyi: "lost contact of (sic) of MH17 from Amsterdam. The last known position was over Ukraine airspace. More details to follow."


SUMBER ASAL DARI ABGTEROR.COM

No comments: