Wednesday 23 July 2014

PAS SELANGOR TAK SETUJU LANGSUNG WANITA JADI MENTERI BESAR !!!


KUALA LUMPUR: PAS Selangor tidak pernah bersetuju untuk menggantikan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail, kata Pesuruhjayanya, Iskandar Samad.

Iskandar berkata mesyuarat antara PAS Pusat dan PAS Selangor juga tidak pernah bersetuju dengan cadangan untuk menukarkan Abdul Khalid.

"Kami (PAS Selangor) tetap dengan pendirian supaya Tan Sri Khalid kekal sebagai Menteri Besar Selangor," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Beliau juga menjelaskan, PAS Selangor akan menyerahkan perkara tersebut kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan kepimpinan PAS Pusat untuk menyelesaikan perkara tersebut jika PKR bertegas mahukan Wan Azizah menggantikan Abdul Khalid.

"Kami (PAS Selangor) serahkan kepada Presiden kami dan kempimpinan kami untuk menyelesaikannya," katanya.

Malam tadi, PKR membuat keputusan untuk menamakan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu bagi menggantikan Abdul Khalid.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Majlis Presiden Pakatan Rakyat akan membincangkan perkara tersebut dalam satu mesyuarat yang dijadualkan Rabu ini selepas Sidang Khas Dewan Rakyat.

Katanya, biarpun nama pengganti Abdul Khalid tidak dibincangkan sebelum ini tetapi PAS dan DAP telah menyatakan persetujuan untuk melakukan perubahan kepimpinan di Selangor.

1 comment:

Unknown said...

Wanita mana boleh jadi pemimpin no 1,lagi pun dah takde anak jati selangor yg lelaki yang mampu memimpin selangor negeri bertuah ni , nanti datang bala ,sama sama lah kita fikir fikir kan