Wednesday 23 July 2014

BEZA ANTARA NAJIB DAN ANWAR....


Terdapat jurang perbezaan yang begitu ketara baik dari segi pendekatan mahupun sikap di antara Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak dan "wannabe" Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Datuk Seri Najib dengan penuh kesabaran telah menangani krisis MH17, satu krisis antarabangsa yang sukar ditangani oleh kuasa-kuasa besar baik Amerika mahupun Rusia dengan begitu efisyen dan rasional sekali.

Dan ini diperakui sendiri oleh kuasa-kuasa besar berkenaan dan mendapat pujian dari semua pemimpin-pemimpin negara di dunia.

Datuk Seri Najib telah mengkotakan janji akan membawa balik mayat-mayat mangsa MH17 serta kotak hitam pesawat MH17. Beliau adalah pemimpin yang "walk the talk" bukan sekadar untuk menjadi seorang populis namun benar-benar memahami kehendak rakyat.

Ini amat berbeza dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang hanya pandai berjanji namun untuk mengkotakan janji-janji tersebut...hadoiiii..hampehlah menanti...

Jangan nak kata menyelesaikan krisis antarabangsa..krisis dalaman pemilihan PKR pun Anwar Ibrahim tak berdaya nak menanganinya..

Janji? Berapa guni dah janji Anwar Ibrahim kepada rakyat yang tak tertunai sehingga kini? Dari janji Kampung Buah Pala, Jam Omega hinggalah tarikh beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia.. semuanya hanya tinggal janji sahaja..

Rakyat sendiri kini boleh menghakimi siapakah pemimpin yang baik atau sebaliknya..

Satu lagi yang perbezaan nyata adalah Najib adalah PERDANA MENTERI MALAYSIA sedangkan Anwar hanya sekadar WANNABE PERDANA MENTERI MALAYSIA buat selamanya... KEKEKE!!!   - UnReportedNews™®

No comments: