Monday 7 July 2014

BERITA PALSU : TUKAR MYKAD BAHARU UNTUK BELI PETROL SUBSIDI MULAI SEPTEMBER


PUTRAJAYA : Orang ramai dinasihati agar tidak mempercayai penyebaran maklumat palsu mengenai arahan penukaran MyKad baharu untuk melayakkan pembelian petrol dengan harga subsidi.



Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Datuk Sulaiman Keling berkata JPN menafikan ada mengeluarkan arahan berkenaan.

“Kenyataan palsu itu yang meminta orang ramai menukar MyKad baharu telah disebarkan kepada orang ramai sejak akhir-akhir ini menerusi khidmat pesanan ringkas (sms), aplikasi WhatsApp dan Facebook,” katanya dalam kenyataan di sini, Isnin.

Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai agar tidak terpengaruh dengan sebarang khabar angin yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab dan mendapatkan maklumat yang betul dengan menghubungi JPN di talian 03-80008000 atau melayari laman web JPN di http://www.jpn.gov.my/.

No comments: