Monday 7 July 2014

AWAS !!! IKAN PATIN TERNAK DIBERI MAKAN BANGKAI BABI DI BATU GAJAH, PERAK !!!


GAMBAR dan maklumat yang diperolehi dari blog CucuTokSelampit, mungkin akan membuatkan anda terasa loya dan jijik terhadap ikan patin ternah.  Tahukah anda ikan patin ternak di sekitar Batu Gajah, Ipoh, Perak sebenarnya diberi makan babi sekor-sekor bagi menggalakkan tumbesarannya.


Kolam penternakan ikan patin itu yang telah pecah dan kering airnya, telah membongkar rahsia besar cina-cita tauke ikan patin ternak dengan penemuan timbunan tulang temulang dan kepala babi di dasar kolam.


Berdasarkan bentuk tengkorak kepala haiwan yang ditemui, adalah dipercayai penguasaha kolam ikan patin milik bukan Islam itu telah memberi makan ikan-ikan patin belaan berkenaan dengan bangkai-bangkai BABI. Berwaspadalah dengan apa yang kita makan kerana ianya akan menjadi darah daging..... Seboleh-bolehnya elakkan dari makan makanan yang diragui puncanya.... Wallahua'lam....




No comments: