Saturday 17 May 2014

WAJAH BUAH HATI PENYANYI 'BAHAGIAMU DERITAKU' DIDEDAHKAN.....


Setelah membuat pengakuan mempunyai kekasih baru, ramai yang tertanya-tanya siapakah gerangan wanita yang berjaya mencuri hati Hafiz Suip. Akhirnya persoalan itu terjawab jua apabila Hafiz sendiri telah berkongsi gambar dirinya bersama seorang wanita menerusi akaun Instagram. Sekali pandang, nampak sama cantik dan sama padan kedua-duanya.


Dengan caption “Happy birthday to my love @nureffyj semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.” pendedahan ini pastinya membuatkan ramai gadis di luar sana yang patah hati. Semoga percintaan Hafiz kali ini berakhir dengan kebahagiaan dan tidak putus di tengah jalan seperti percintaan yang sebelum ini. Kalau nak selamat, cepat-cepatlah kahwin. 

-  Beautifulnara

No comments: