Wednesday 28 May 2014

#PRKTelukIntan : YAMMY SAMAT KELUAR PERKASA, BUKTI CALON 'WINDOW DRESSING' BERBOHONG !!!


Sebelum ini Dyana Sofya telah membohongi wartawan bahawa emaknya tidak terlibat dalam penubuhan mahupun ahli PERKASA apabila sebuah blog telah mengeluarkan artikel serta gambar mereka dengan berlatarbelakangkan logo PERKASA.

Sebelum ini Dyana juga pernah bergambar dengan pengasas PERKASA, Datuk Ibrahim Ali yang juga Presiden PERKASA.

Disebabkan terlalu banyak pembohongan yang dibuat anaknya itu akhirnya Yammy Samad, Ibu kepada calon DAP PRK Teluk Intan itu,  hari ini mengumumkan keluar dari Pertubuhan NGO Pribumi Perkasa (PERKASA).  Pengumuman itu dilakukan pada sidang media bagi membentangkan manifesto DAP peringkat Parlimen Teluk Intan, di hadapan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Turut hadir di sediang media itu adalah Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming dan beberapa orang pempinan pusat.

Ketika awal penubuhan PERKASA,  Yammy difahamkan telah dilantik sebagai Ketua Wanita , tetapi malangnya jawatan  itu hanya mampu disandangnya selama 5 bulan sahaja.

No comments: