Wednesday 28 May 2014

AMUKAN KOMANDO ATM DI LAHAD DATU - RAKAN SEKERJA MAUT, 3 CEDERA PARAH


Seorang anggota tentera maut manakala tiga parah selepas seorang anggota komando Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melepaskan beberapa das tembakan di bandar ini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian jam 4.45 pagi itu, tiga yang parah adalah seorang anggota komando ATM dan dua orang awam.

Dua orang awam yang cedera di kaki dan bahu adalah pekerja pusat hiburan.

Semua mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Lahad Datu untuk rawatan lanjut.

ANGGOTA polis memeriksa lokasi kejadian seorang anggota tentera maut, manakala dua orang awam cedera ditembak seorang anggota tentera di hadapan sebuah premis dekat pekan Lahad Datu,jam 4.45 pagi tadi.
Difahamkan, ketika kejadian tiga anggota tentera ini dipercayai bertengkar lalu cuba dileraikan oleh dua individu berkenaan.

Bagaimanapun, seorang daripada anggota tentera berkenaan tiba-tiba melepaskan beberapa das tembakan dipercayai menggunakan senjata jenis M-16.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Senior Asisten Komisioner Omar Mammah ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan semua mangsa masih menerima rawatan di hospital. TT

No comments: