Monday 26 May 2014

HANYA 'BERLAGA PIPI' : PELAKON WANITA KEMUNGKINAN DISEBAT !!!


Tehran : 

Seorang aktres Iran menimbulkan kemarahan masyarakat negara itu apabila dia dirakam mencium pipi presiden festival filem Cannes baru-baru ini.

Tindakan Leila Hatami dianggap mencemar kesucian wanita republik Islam itu.

Gambar yang dipaparkan di media Iran menunjukkan Leila mencium pipi Gilles Jacob, 83 ketika mereka bertemu pada majlis pembukaan festival filem itu.

Kini, sekumpulan pelajar universiti yang mempunyai hubungan dengan Pengawal Revolusi Iran, Hizbullah memfailkan aduan kepada badan kehakiman negara itu menuntut pendakwaan dijalankan ke atas Leila.

Dalam petisyen yang dihantar ke mahkamah, kumpulan itu menyatakan: “Kami seperti yang bertanda tangan di bawah adalah kumpulan pelajar Muslim, menuntut Jabatan Media dan Budaya Mahkamah Iran mendakwa Leila Hatami atas tindakannya mencium lelaki bukan mahram di khalayak ramai.” Menurut artikel 638 Perundangan Islam negara ini membawa hukuman penjara. 

“Tindakan aktres itu mencemarkan imej negara Islam Iran. Kerana itu, kami menuntut pelaksanaan hukuman sebat ke atasnya seperti yang termaktub dalam perundangan,” kata kumpulan itu. - AFP

No comments: