Tuesday 13 May 2014

ADUN KEMASIK IKUT JEJAK AHMAD SAID TIDAK BENAR !!!


KEMASIK : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Ir Rosli Othman berkata, beliau tetap dengan keputusan untuk kekal bersama UMNO.

Katanya, biarpun bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said serta beberapa lagi ADUN BN mengisytiharkan keluar parti dan menjadi ADUN bebas namun beliau tetap dengan pendiriannya kerana sangat sayangkan parti UMNO.


"Saya menghormati tindakan yang dilakukan oleh Ahmad MB serta beberapa rakan ADUN, namun saya tetap sayangkan UMNO dan tidak akan mengeruhkan lagi keadaan," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Rosli menasihati semua rakannya supaya tidak melakukan tindakan keluar parti kerana ia sudah pasti menjejaskan pentadbiran negeri dan memburukkan suasana politik di negeri ini.

"Kita perlu hormati keputusan pucuk pimpinan parti dan perlu sabar kerana ini suatu dugaan yang perlu kita tempuhi.

"Kita perlu sabar dengan apa yang terjadi dan kuatkan perpaduan diri demi UMNO dan BN yang kita cintai," katanya.

ADMIN mohon maaf di atas artikel sebelum ini.... http://miazarraannur.blogspot.com/2014/05/terkini-6-adun-umno-terengganu-keluar.html

No comments: