Thursday, 17 April 2014

TOYOTA ALPHARD KS 9898 ADA 15 SAMAN YANG BELUM DIJELASKAN


Menurut Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon kenderaan Toyota Alphard dipandu seorang lelaki warga India yang dinaiki oleh Karpal Singh itu dikesan mempunyai 29 rekod kesalahan lalu lintas mengikut Seksyen 079 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dengan 15 saman itu belum dijelaskan.



Pemimpin Veteran DAP itu, terbunuh di tempat kejadian apabila kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Alphard yang dinaikinya terbabas dan melanggar belakang sebuah lori sebaik tiba di lokasi kejadian.

Turut terbunuh dalam kemalangan itu pembantunya Michael Cornandez. Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon, berkata kejadian berlaku dalam keadaan cuaca baik dan keadaan jalan raya gelap tanpa lampu jalan. 


Sementara itu pemandu lori, Abu Mansor Mohd, 45 terkejut dengan bunyi dentuman di bahagian belakang lori yang dipandunya.

Menurutnya lagi, kenderaan itu dipandu terlalu laju dan sebaik perlanggaran berlaku, beliau memberhentikan lori dan segera meninjau keadaan kenderaan yang melanggar belakang lori mendapati ada mangsa yang cedera dimuka.

No comments: