Saturday, 19 April 2014

TIADA PERGADUHAN MAUT MELAYU - INDIA DILAPORKAN BERLAKU DI KLANG !!!


Polis menafikan berlaku kes pergaduhan dan serangan antara kaum di sekitar Klang seperti dilaporkan dalam laman media sosial, baru-baru ini.


Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, khabar angin disebarkan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) itu tidak benar sama sekali berdasarkan hasil siasatan polis. 

Menurutnya, setakat ini, pihaknya tidak menerima sebarang laporan mengenai kejadian itu dan menganggapnya hanya bertujuan menakut-nakutkan orang ramai.

Difahamkan, pihak tidak bertanggungjawab mendakwa terdapat satu kes pembunuhan membabitkan lima lelaki di Klang, minggu lalu.

“Dakwaan yang meminta orang ramai tidak menaiki motosikal sama ada pada waktu siang atau malam sekitar Klang, Pandamaran dan Pelabuhan Klang hanya menggugat ketenteraman pengguna jalan raya dan penghuni sekeliling,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Beliau turut mengesahkan tiada laporan kejadian pembunuhan dimaksudkan itu.

No comments: