Saturday, 19 April 2014

DR. MAZA TEGUR ERMA FATIMA PASAL ADEGAN BERKEMBAN DALAM FILEM......


DATUK Dr. Mohd Asri Zainul Abidin menyifatkan kenyataan Erma Fatima mempertahankan adegan berkemban dalam filem Takhta sebagai tidak wajar.

Bekas Mufti Perlis berkata, walaupun niatnya ingin mempertontonkan kehidupan orang Melayu ketika zaman lalu namun dia harus memikirkan cara lain yang lebih rasional dan sesuai dengan keadaan masyarakat sekarang.

Katanya adegan sebegitu tidak perlu dalam filem Malaysia.

“Kenapa mesti ada adegan yang melanggar nilai kita (orang Islam). Lihat sahaja negara Iran mereka sering memenangi Anugerah Filem Antarabangsa tanpa perlu menggadai nilai yang mereka pegang contohnya filem Children of Heaven.

“Adegan itu boleh disampaikan dengan cara lain,” katanya.

“Saya minta dia perbetulkan balik kenyataan, saya rasa caranya mempertahankan adegan itu tidak kena,” nasihatnya.

Malah katanya filem itu untuk tontonan masyarakat Malaysia dan seharusnya sensitiviti sebegitu perlu dijaga.

“Penonton pula adalah rakyat Malaysia dan saya tahu tidak ramai masyarakat kita yang mahu menonton adegan seperti itu.

Sebelum ini, Erma memuatnaik gambar beberapa pelakonnya di Instagram yang mengenakan kostum berkemban bagi memenuhi watak dalam filem terbarunya, Takhta.

Namun tindakan itu mendapat kritikan pengikut laman sosialnya yang mendakwa adegan itu tidak sesuai untuk dipertontonkan.

Ia mengundang kontroversi apabila pengarah berkenaan bertindak mempertahankan tindakan dan mengeluarkan kenyataan dalam kapsyen instagramnya.

“Aku salah kerana melanggar hukum kemban. Andai kemban membawa aku ke neraka, aku redha,” katanya dalam laman sosial instagram.

Mengulas mengenainya, Dr. Asri berkata, mungkin Erma didorong emosi sehingga mengeluarkan kenyataan sebegitu.

“Saya yakin dia tidak berniat untuk tulis begitu..mungkin dia sedang beremosi..siapa yang mahu masuk neraka?” katanya.

Dalam pada itu beliau turut menasihati penggiat filem supaya sedar dan akur bahawa seni yang ditonjolkan harus ada perbezaan dengan filem Barat.

Malah beliau turut meminta mereka supaya tidak terlalu leka dengan memaparkan adegan yang melanggar nilai agama.

“Semua orang mahu mengekalkan identiti malah negara yang maju dan berjaya masih menonjolkan nilai masyarakat yang baik dalam menghasilkan filem mereka.” katanya kepada The Rakyat Post.

1 comment:

Rafrash said...

Tahukah kita salah satu sebab kenapa anak-anak melayu murtad? Salah satu sebabnya ialah mereka ingin kebebasan yang mutlak. Bebas untuk berdisko, bebas untuk berzina, bebas untuk main bontot, bebas untuk mabuk, bebas untuk memaki hamun dan bebas untuk berkemban dan berbogel.
Kalau Cina atau India berkemban ada tak DR MAZA beri komen? Dr MAZA tak kisah kan? Ada tak MAIS, MAIK, JAIK dsb tangkap Cina berkhalwat? Tak ada kan. Sebab itulah bila budak-budak melayu ditangkap khalwat atau ditangkap tak berpuasa, kalau boleh waktu itu mereka nak 'declare' yang mereka ini bukan islam agar mereka tidak ditangkap.
Beginilah bila didikan agama anak-anak melayu dah tahap mangkok hayun. Siapa nak dipersalahkan. Sudah tentulah ibu bapa mereka. Tapi bila ibubapa mereka juga berada tahap mangkok hayun, tentu mereka akan persalahkan orang itu dan ini.