Tuesday 8 April 2014

SUAMI BERANG TEMUI ISTERI MABUK SEPARUH BOGEL DALAM KERETA SELEPAS SEKS DENGAN 2 LELAKI


KUALA LUMPUR : 

Kedegilan seorang isteri meminum minuman keras membawa padah apabila dia dibelasah suaminya di hadapan pejabat lelaki berkenaan di Subang Jaya, di sini, kelmarin.

Lelaki berusia awal 30-an itu hilang kawalan apabila menemui isterinya yang tidak pulang semalaman dalam keadaan separuh bogel tidur dalam kereta miliknya di hadapan pejabatnya itu.

Malah, kemarahan lelaki terbabit tidak dapat dibendung apabila dia mengetahui isterinya yang berusia 23 tahun itu turut berasmara dengan dua lelaki yang baru dikenalinya di kelab malam selepas gagal mengawal dirinya kerana mabuk.

Wanita terbabit berbuat demikian sebagai protes kepada tindakan suaminya yang melarangnya meminum arak.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, sebaik tiba di pejabat, lelaki terbabit terkejut apabila mendapati kereta miliknya berada di hadapan pejabat sebelum melihat isterinya dalam keadaan separuh bogel menyebabkannya marah.

Menurut sumber, semuanya bermula sejak malam sebelum kejadian apabila pasangan terbabit bertengkar apabila lelaki terbabit melarang isterinya itu daripada meminum arak.

“Wanita terbabit meninggalkan rumahnya jam 11 malam dan tidak pulang selepas itu,” katanya.

Sumber berkata, ketika berada di kelab malam berkenaan, wanita terbabit bertemu dengan dua lelaki berusia awal 30-an dan dikatakan berasmara dengan mereka selepas gagal mengawal dirinya akibat terlalu mabuk.

“Selepas bercumbu dan bermesra dengan mereka, wanita berkenaan memandu kereta ke pejabat suaminya di Subang Jaya sebelum tertidur dalam kereta itu dengan hanya memakai baju,” katanya.


***Gambar hiasan

No comments: