Tuesday 8 April 2014

MB MUNGKIR JANJI, BEKAS WANITA SIMPANAN TUNTUT RM 3 JUTA !!!


Pada tahun lepas MB telah memberi RM800,000 kepada ahli perniagaan (bekas wanita simpanan) tersebut dan bakinya sebanyak RM2.2 juta akan dibayar kemudian. Siapakah MB tersebut dan siapakah bekas perempuan simpanan beliau....???!!!


PETALING JAYA : 

Bekas perempuan simpanan seorang Menteri Besar (MB) dikatakan menuntut RM3 juta kerana MB mungkir janji memberi satu projek kepadanya.

Menurut sumber, bekas perempuan simpanan itu yang merupakan seorang ahli perniagaan telah memohon satu projek dengan MB pada tahun lepas.

Tetapi, sumber itu menambah, MB kata tunggu selepas pilihanraya umum 5 Mei 2013.

Setelah pilihanraya umum berlalu, MB dikatakan mungkir janji dan enggan meluluskan projek tersebut kepada janda yang berusia 30an itu.

Bagaimanapun, perempuan simpanan MB berkata jika MB tidak mahu meluluskan projek, MB hendaklah memberinya sebanyak RM3 juta.

Pada tahun lepas MB telah memberi RM800,000 kepada ahli perniagaan tersebut dan bakinya sebanyak RM2.2 juta akan dibayar kemudian.

Setelah setahun berlalu, bekas perempuan simpanan MB itu tidak puas hati kerana MB belum menunaikan janjinya untuk membayar baki sebanyak RM2.2 juta.

Bekas perempuan simpanan MB itu dikatakan telah berkahwin dengan lelaki lain apabila hubungan mereka telah diketahui oleh isteri MB.

FMT difahamkan ahli perniagaan itu cuba menghubungi MB untuk mendapatkan baki RM2.2 juta seperti yang dijanjikan oleh MB tetapi tidak dapat menghubungi beliau. sumber : FMT


*** Gambar sekadar hiasan

No comments: