Wednesday 19 March 2014

WAN AZIZAH TIPU HIDUP-HIDUP PENGUNDI #PRKKAJANG !!! MASIH NAK PILIH BELIAU ?????


Masuk yang ini sudah kali KETIGA Wan Azizah kantoi menipu didalam PRK Kajang.

1. Pada 14 Mac 2014, ketika berkempen di Taman Maju 1, Kajang.. Wan Azizah mendakwa Kerajaan Malaysia menggunakan bomoh untuk mencari pesawat MH370.. Sebaliknya Kerajaan Malaysia tidak pernah menggunakan perkhidmatan Bomoh. Kerajaan Malaysia merupakanKoordinator Utama dan menggunakan paling banyak aset dalam operasi Mencari dan Menyelamat.

Antara aset TLDM sahaja yang digunakan di awal operasi Mencari dan Menyelamat
- Kapal KD Mahawangsa
- Kapal KD Kasturi
- Kapal KD Lekiu
- Kapal KD Terangganu
- Kapal KD Pahang
- Kapal KD Selangor
- Kapal KD Ganyang
- Kapal KD Mahamiru
- Kapal Submarine Escape And Rescue Vessel MV Mega Bakti
- Helicopter Fennec dan Superlynx

2. Ketika ditemubual Mstar pada 17 Mac 2014, Wan Azizah memdakwa "Anwar tidak mengenali kapten pesawat MH370 (Zaharie)" . Namun pada 13 Mac 2014 dalam Dewan Rakyat, Anwar menyatakan dia mengenali sebahagian penumpang serta Juruterbang MH370 ( Zaharie). 
Selain itu menantu Wan Aziza sendiri melalui akaun instagramnya Syaheedah mengakui juruterbang pesawat MH370 (Zaharie) merupakan bapa saudaranya.. Tak logik akal sekiranya Wan Azizah atau Anwar Ibrahim tidak mengenali bapa saudara kepada menantu mereka.

3. Ketika di Sungai Kantan, Kajang pada 18 Mac 2014, Wan Azizah telah mengatakan "SPR telah membuat penambahan mendadak pengundi awal sebanyak 1000 orang dalam PRK Kajang".. Hakikatnya hanya berlaku 17 orang penambahan pengundi dalam PRK Kajang berbanding PRU13. 
Pada PRU13 seramai 1180 orang pengundi awal di DUN Kajang.. Manakala dalam PRK DUN Kajang sebanyak  1197 orang pengundi awal di DUN Kajang. Penambahan 17 orang pengundi yang di senaraikan SPR adalah di daftarkan sebelum tarikh pengosongan kerusi DUN Kajang.

Apakah seorang yang telah terbukti suka melakukan penipuan layak di pilih pengundi Kajang sebagai wakil rakyat mereka dalam PRK Kajang.. ?  "Tepuk dada tanya hati".

Apakah pengundi Kajang percaya dengan janji-janji yang di lakukan Wan Azizah sekiranya sudah berkali-kali terbukti suka menipu.?

 
KREDIT TO :  Pisau Kedah

2 comments:

S.A.Hamid said...

Sebab dia pun kena tipu dengan Anwar. Semoga pengundi Kajang tidak akan tertipu juga.

Bicara Perjuangan said...

Dia menjadi calon sebab TERPAKSA... nak dikatakan dikambing hitamkan oleh laki dia pun betul jugak kot..!!!