Thursday 20 February 2014

KETUA CAWANGAN DAP MAUT DITEMBAK LELAKI TIDAK DIKENALI DI DEPAN RUMAH


Manjung : Seorang ketua cawangan DAP mati selepas ditembak lelaki tidak dikenali di hadapan rumahnya di kampung Jering Ayer Tawar, di sini.

Dalam kejadian jam 10 malam kelmarin, mangsa, Wong Kong Ting, 56, ditemui terbaring berlumuran darah di hadapan pintu pagar rumahnya.

Ahli keluarga mangsa telah membawa mangsa ke Hospital Manjung untuk mendapatkan rawatan kecemasan namun mangsa mati di hospital itu kira-kira 50 minit selepas ditembak. Mangsa disahkan terkena tembakan di dada, lengan dan kaki.

Tembakan dilepaskan oleh seorang lelaki yang dikesan muncul dengan menaiki motosikal di hadapan rumah mangsa. myMetro

No comments: