Thursday 20 February 2014

BEKAS KETUA AJARAN SESAT TERKAYA DI MALAYSIA PENGASAS PUSAT TAHFIZ PERKUDAKAN KANAK-KANAK !!!







Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah, JHAIK, mengarahkan Pusat Tahfiz Amal, PTA, di KM 17 Jalan Kuala Kedah-Yan ditutup berkuat kuasa pada 10 Febaruari lalu.


Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 2003 mengesahkan, PTA bernaung di bawah AZHAR WAHAB, bekas ketua ajaran sesat, klik di sini. Hairan, hanya selepas lebih 10 tahun kemudian, JHEAIK membuat tindakan susulan, biarpun notis arahan penutupan pernah dikeluarkan pada tahun 1 Januari  2007.

Jabatan Agama Islam Kedah, JAIK mendapati pusat terbabit beroperasi sebagai sekolah Islam tanpa pendaftaran.

Klik di sini.

Penaung PTA, SM Amin, kini hidup terlalu mewah dipercayai hasil memperkudakan ratusan kanak-kanak, remaja dan warga emas untuk menjual pelbagai produk keluaran syarikatnya.

Klik di sini.


Sebagai reaksi terhadap arahan penutupan itu, akhbar Kosmo! melaporkan, Pengetua PTA, Muslim Ab Karim akan menghantar surat rayuan kepada JHAEIK untuk membolehkan PTA beroperasi semula. Dia khuatir nasib 105 pelajar kini ditempatkan di pusat itu.

Selama ini ramai terkeliru, menganggap semua pelajar di PTA berstatus anak yatim. Walhal kenyataan itu tidak benar. Majoriti mereka anak keluarga susah. Justeru Kerajaan Negeri Kedah harus membantu menempatkan semula semua pelajar terbabit di sekolah bersesuaian. Mereka wajib dikeluarkan dari PTA seandainya kita enggan melihat murid pada usia mentah itu kembali diperhambakan oleh pihak pengurusan.


JHAEIK telah membuat kesilapan kerana membiarkan PTA beroperasi sejak disahkan dinaungi oleh Azhar kira-kira 11 tahun lalu.

Jangan ulangi kesilapan sama.

Mari bersama kita mendesak JHAEIK agar menolak rayuan Pengetua PTA sekaligus memantau operasi pelajar, jika masih dikerah untuk mengutip derma di tempat awam.

Klik di sini untuk menyalurkan maklumat tepat.

Kredit to : mazidul

No comments: