Tuesday 4 February 2014

BIADAP ! AHLI PARLIMEN PKR PERTIKAI KHUTBAH JUMAAT !!!


Polis wajar menahan Ahli Parlimen Penampang ini kerana kenyataannya yang dilihat jelas sekali cuba mencampuri urusan agama Islam di negara ini. 
Anggota Parlimen Penampang, Darell Leiking menuntut siasatan terhadap Jakim dibuat kerana dalam khutbah Jumaat yang disampaikan terkandung terjemahan ayat dari Surah Al-Baqarah yang berbunyi :


“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu).”

Darell berkata dakwaan Jakim itu serius kerana ia boleh mencetuskan permusuhan dan syak wasangka antara orang Islam dan bukan Islam di negara ini, yang jika dibiarkan berpotensi mendorong ke arah konflik agama besar-besaran di negara ini.

Jangan dibiarkan kenyataan kenyataan sebegini berterusan. Ianya jelas sekali mencabar dan mahu menguji sejauh mana kesabaran umat Islam Malaysia. Wajib ditahan !!! SUMBER

*Ke mana menghilangnya pejuang-pejuang Islam PAS dalam hal ini...???

No comments: