Tuesday 4 February 2014

GEMPAR ! ADUN HUTAN MELINTANG KELUAR PKR !!!


GEMPAR !!!
ADUN PKR Hutan Melintang, Perak, Kesavan Subramaniam telah menghantar surat kepada Speaker DUN Perak dengan menyatakan hasrat ingin keluar dari parti PKR, serta-merta. Berita dipetik dari AgendaNews.


Tidak dinyatakan sebab musabab perletakan jawatan tersebut. Apapun,
ianya pasti berita yang menggembirakan BN Perak.

Bagaimanapun, HQ PKR menafikan UB Kesavan keluar parti dan mendakwa cop surat Kesavan yang tersebar di internet adalah palsu. Kesavan pula tidak dapat dihubungi untuk mengesahkan perkara tersebut.

Sementara itu, Pejabat Speaker Perak yang dihubungi mengesahkan menerima surat atas nama Kesavan. Tetapi apakah surat itu benar-benar dari Kesavan atau sebaliknya sedang diperiksa.

Boss PKR Perak, Datuk Dr. Mohd Nur Manuty ketika dihubungi bagaimanapun memberi jawapan 'no komen'.  Ini berikutan, kata beliau, pihaknya tidak menerima apa-apa maklumat daripada ADUN PKR Hutan Melintang itu.



No comments: