Thursday 16 January 2014

ISU KALIMAH ALLAH - KERAJAAN TERLALU BERLEMBUT ???

rakyatnews_ustazkazim

IPOH 16 Jan - Kerajaan dilihat terlalu berlembut dan berdiplomasi berhubung isu Kalimah ALLAH sehingga golongan bukan Islam semakin agresif mendesak penggunaan kalimah suci itu diserapkan dalam kitab Bible.
Pendakwah bebas, Mohd Kazim Elias Al Hafiz berkata, desakan tersebut jelas melanggar perlembagaan negara kerana ia melibatkan kesucian umat Islam dan kesucian ALLAH itu sendiri.
“Kalimah ALLAH ini sebenarnya tidak ada dalam kitab Bible mereka. Yang ada hanyalah perkataan ‘god’ atau ‘yahweh’. Jadi gunalah perkataan ‘god’ atau ‘yahweh’ itu sahaja berbanding kalimah ALLAH yang hanya khusus kepada umat Islam.
“Justeru, dalam isu-isu sebegini, khususnya yang melibatkan soal keselamatan, agama, dan ketenteraman awam, kerajaan tidak boleh berlengah atau memberi ruang masa yang terlalu lama untuk bertindak. Ini akan beri kesan yang tidak elok kepada negara,” katanya ketika ditemui pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1435 Hijrah Peringkat Risda Negeri Perak, di sini, semalam.
Beliau juga menyarankan pihak Kerajaan menangani isu penggunaan isu kalimah ALLAH dalam kitab Bible yang hangat diperkatakan kebelakangan ini.
Sebelum ini, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah bertindak menyerbu premis Persatuan Bible Selangor serta merampas 300 naskah Bible yang didakwa menggunakan kalimah Allah.

No comments: