Thursday 16 January 2014

PEGAWAI KHAS PERDANA MENTERI PERGUNAKAN ANAK-ANAK YATIM UNTUK KUTIP DERMA MASUK POKET SENDIRI !!!


PADA 24 Disember 2013, blog ini telah memaparkan mengenai layanan buruk yang diterima oleh  Yayasan Anak-Anak Yatim Sultanah Haminah, ketika kali pertama anak-anak yatim itu diundang untuk majlis makan malam di sebuah hotel mewah bertaraf 5 bintang, Hotel Shangri-La Kuala Lumpur. BACA SELANJUTNYA..... DI SINI


Kisah tersebut benar-benar menyentuh jiwa sebilangan besar rakyat negara ini. Meneliti carta organisasi Yayasan Anak-Anak Yatim Sultanah Haminah (sila klik di sini) menunjukkan bahawa Yayasan ini dinaungi oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong sendiri, Tuanku Hajah Haminah dan mempunyai empat ahli lembaga pengarah, seperti berikut;
  1. Prof. Dato’ Wira Dr. Khairil Annas Jusoh
  2. Dato’ Rosli Awang
  3. Datuk Ong Siew Swan
  4. Norazam Shah Ibrahim
Setelah meneliti profail semua ahli lembaga pengarah didapati bahawa keempat-empat ahli lembaga pengarah Yayasan ini, mempunyai latar belakang mantap dalam bidang korporat dan politik, terutamanya Pegawai Khas kepada Perdana Menteri Malaysia, Prof. Dato’ Wira Dr. Khairil Annas Jusoh.


Berdasarkan kejadian terbabit, kita mungkin boleh menyimpulkan bahawa Khairil Annas dan barisan lembaga pengarah Yayasan Anak-Anak Yatim Sultanah Haminah telah bersikap cuai ketika melaksanakan amanah diberikan sehingga kebajikan anak-anak yatim RPWP tidak dijaga dengan baik sepanjang penganjuran majlis tersebut.

Malah dakwaan menyatakan bahawa kutipan derma berjumlah RM2.3juta yang diraih melalui hasil pengeksploitasian golongan anak-anak yatim RPWP semasa majlis tersebut, juga masih gagal disalurkan kepada rumah kebajikan berkenaan sehingga sekarang;
...Yang paling penting ialah bagaimana mereka mengeksploitasi anak-anak yatim semahunya untuk kepentingan kutipan yang kami tidak pasti untuk apa. 

Seandainya dakwaan ini benar, saya ingin mempersoalkan; dimanakah maruah dan harga diri barisan lembaga pengarah Yayasan Anak-Anak Yatim Tuanku Haminah yang sanggup mengaut keuntungan dengan mempergunakan nama golongan itu? Tidakkah pihak Yayasan takut dengan balasan azab api neraka seperti firman Allah SWT di dalam surah an-Nisa', ayat 10?

Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak-anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu hanyalah menelan api ke dalam perut mereka dan mereka pula akan masuk ke dalam api neraka yang menyala-nyala.

Kisah golongan itu diperalatkan oleh pihak-pihak tertentu untuk tujuan mengaut keuntungan bukan pertama kali kedengara di telinga masyarakat.
Malah jika ditinjau di sekitar Kuala Lumpur, golongan tersebut dipaksa meminta sedekah dari meja ke meja, kedai ke kedai atas nama rumah kebajikan dan pusat tahfiz tertentu. Dan seandainya kejadian ini dibiarkan, pasti pelbagai Yayasan lain akan turut mengeksplotasi golongan ini demi kepentingan peribadi dan mengaut keuntungan.

Sebagai masyarakat prihatin, kita tidak seharusnya menjadikan kisah ini sebagai sekadar cerita dari mulut ke mulut semata-mata, sebaliknya kita juga perlu mendesakan pihak-pihak berkenaan terutama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) meneliti kembali beberapa aspek berkaitan soal kebajikan anak-anak yatim agar nasib golongan ini mendapat pembelaan sewajarnya. 


Semoga kejadian seumpama ini tidak akan berulang dan ekspoilati anak-anak yatim untuk keuntungan material berjaya dihentikan. SUMBER

Bersambung.......ikuti artikel seterusnya.... SIAPA SEBENARNYA PEGAWAI KHAS PERDANA MENTERI PERGUNAKAN ANAK-ANAK YATIM UNTUK KUTIP DERMA MASUK POKET SENDIRI ..!!!

No comments: